Fosil Radiolaria Berusia Perm Awal (Artinskian dan Kungurian) daripada Bongkah Batuan Bersilika-Rijang di Pos Blau, Gua Musang, Kelantan, Semenanjung Malaysia

Author:

Dzulkafli Muhammad Ashahadi,Basori Mohd Basril Iswadi,Sulaiman Norasiah,Leman Mohd Shafeea

Abstract

Sebuah singkapan terdiri daripada batu lumpur bersilika bertuf yang berselanglapis dengan sisipan syal yang sangat nipis ditemui di Ladang Tenang yang terletak kira-kira 900 m ke arah barat daya dari kawasan penempatan penduduk Pos Blau. Kajian mikropaleontologi melalui kaedah pengekstrakan radiolaria menggunakan Asid Hidroflorik (HF) dijalankan ke atas beberapa sampel batu lumpur bersilika bertuf. Hasil pengekstrakan mendapati sampel batuan bersilika ini mengandungi fosil radiolaria berusia Perm. Sebanyak 20 spesies radiolaria dikenal pasti terdiri daripada 16 genus yang tergolong dalam 10 famili. Darjah awetan fosil ini adalah dalam keadaan sederhana hingga baik. Berdasarkan kemunculan spesies penunjuk usia dan julat usia stratigrafi, fosil ini sesuai dimasukkan ke dalam Zon Himpunan Pseudoabaillella rhombothoracata berusia Artinskian Awal hingga Kungurian Awal dan Zon Himpunan Albaillella asymmetricaberusia Kungurian, Perm Awal. Penemuan kedua-dua Zon himpunan ini penting dan mengisi rumpang zon radiolaria di Pos Blau, sekali gus melengkapkan biozon radiolaria berusia Perm Awal (Sakmarian) hingga Perm Tengah (Wordian).

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3