Pencirian Jangkitan Plasmodium berghei NK65 terhadap Mencit ICR sebagai Model Jangkitan Malaria Teruk

Author:

Ali Amatul Hamizah,Mohd Hassan Wan Rozianoor,Dahari Dhiana Efani,Embi Noor,Mohd Sidek Hasidah,Basir Rusliza,Agustar Hani Kartini,Latip Jalifah

Abstract

Malaria teruk atau ‘severe’ kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan Plasmodium falciparum. Jangkitan Plasmodium falciparum pada manusia boleh menyebabkan kerosakan organ, anemia teruk, komplikasi serius, koma dan kematian. Bagi tujuan memahami patogenesis malaria teruk, model haiwan digunakan dalam kajian kali ini bagi mengenal pasti sama ada gabungan hos-parasit daripada mencit ICR dengan Plasmodium berghei NK65 boleh menyebabkan jangkitan malaria teruk pada hos. Pencirian jangkitan P. berghei ANKA pernah dilakukan sebelum ini terhadap mencit ICR; walau bagaimanapun, pencirian jangkitan P. berghei NK65 secara terperinci terhadap mencit ICR dalam kajian ini adalah pertama kali dilaporkan. Inokulasi sel darah merah (RBC) terjangkit-P. berghei NK65 (2 ´ 107 parasit RBC (pRBC)/mL) dilakukan terhadap mencit ICR dengan suntikan secara intraperitoneum. Pemantauan perubahan ciri fizikal seperti berat, suhu mencit, kematian mencit, pos mortem, histologi dan aras sitokin inflamasi yang terhasil selepas jangkitan direkod untuk analisis. Strain P. berghei NK65 menghasilkan jangkitan tahap teruk terhadap mencit ICR iaitu paras parasitemia melebihi 50% pada hari ke-10 selepas jangkitan diikuti kematian. Analisis histopatologi menunjukkan jangkitan ini menyebabkan perubahan pada tisu serebrum, perlekatan leukosit pada endotelium dan pensekuesteran pRBC dalam salur darah serebrum serta pendarahan intravaskular. Selepas jangkitan, pensekuesteran pRBC dan pengumpulan pigmen malaria turut dilihat pada organ utama mencit. Tambahan lagi, edema pulmonari, pembentukan membran hialin pada peparu dan pendarahan kortikal pada ginjal dilihat pada mencit terjangkit. Sitokin proinflamasi (TNF-α, IFN-γ, dan IL-18) dan sitokin antiinflamasi (IL-10 dan IL-4) juga meningkat dalam serum mencit terjangkit. Secara rumusannya, model jangkitan mencitICR-P. berghei NK65 yang digunakan dalam kajian ini menunjukkan ciri-ciri jangkitan malaria teruk. Hasil daripada kajian ini boleh digunakan sebagai asas untuk memahami patogenesis bagi malaria teruk pada manusia dan model jangkitan malaria haiwan pada masa akan datang.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3