Aktiviti Antibakteria Lactiplantibacillus sp. SUK1-Sumber Susu Manusia dan Produk Bakteriosin SeparaTulennya terhadap Porphyromonas gingivalis

Author:

Shafiei Zaleha,Mohamad Zin Noraziah,Muhamad Adli Nur Dini,Mazlan Fatin Nur Mazida Salwa,Lani Mohd Nizam,Zainal Abidin Zamirah

Abstract

Penemuan probiotik daripada susu badan manusia dapat memberi manfaat dalam mengurangkan kebolehjangkitan P. gingivalis. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti potensi Lactiplantibacillus spp. yang dipencil daripada susu badan manusia untuk mengurangkan kebolehjangkitan P. gingivalis seterusnya mencirikan Lactiplantibacillus sp. yang paling berpotensi mempunyai aktiviti antibakteria. Sepuluh koloni spesies Lactiplantibacillus dengan ciri Gram-positif berbentuk bacillus, katalase negatif dan oksidase negatif dikenal pasti, namun hanya tiga koloni telah dipilih yang dikenali sebagai Lactiplantibacillus sp. SUK1, SUK2, SUK3 dan diuji aktiviti antibakteria terhadap P. gingivalis. Larutan kultur sel Lactiplantibacillus sp. SUK1 menunjukkan aktiviti perencatan yang kuat pada ujian Spot Lawn (29.33 ± 1.16 mm) dan difusi telaga agar (51.33 ± 4.73 mm), tetapi tiada aktiviti dalam ujian difusi telaga agar yang menggunakan supernatan tanpa sel yang dineutralkan dan yang tidak dineutralkan. Walau bagaimanapun, supernatan tanpa sel yang dipekatkan menunjukkan zon perencatan (13.0 ± 0.07 mm). Bakteriosin separa tulennya yang diektrak daripada pemendakan ammnonia sulfat (80%) telah merencat P. gingivalis secara berkesan, dengan pertumbuhan terendah sebanyak 40.3% pada kepekatan bakteriosin 0.8%. Analisis penjujukan 16S rRNA mencirikan Lactiplantibacillus sp. SUK1 sebagai Lactiplantibacillus pentosus strain 124-2 dengan 99.87% persamaan. Lactiplantibacillus sp. SUK1 yang dipencil daripada susu badan manusia mempunyai ciri probiotik dengan merencat pertumbuhan P. gingivalis dan bakteriosinnya dapat digunakan sebagai bahan alternatif dalam produk penjagaan kebersihan mulut bagi mencegah dan merawat penyakit periodontium.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3