Protein Rembesan Sel Stem Pulpa Gigi Susu Manusia (SHED) semasa Pembezaan kepada Sel Osteoblas

Author:

Zainal Ariffin Shahrul Hisham,Megat Abdul Wahab Rohaya,Manogaran Thanaletchumi,Yazid Farinawati,Zahari Siti Nur Zahidah,Rus Din Rus Dina,Zainol Abidin Intan Zarina

Abstract

Analisis protein rembesan adalah penting untuk mengenal pasti penglibatan protein di dalam sistem biologi seperti mengenal pasti fungsi dan interaksi protein serta tapak jalan yang terlibat semasa pembezaan sel stem. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti protein rembesan dan tapak jalan dalam pembezaan osteoblas melalui perubahan keamatan pengekspresan protein rembesan hasil aruhan asid askorbik terhadap sel stem pulpa gigi susu (SHED). SHED dirawat dengan 10 µg/mL asid askorbik selama 7 dan 21 hari dan pengekpresan gen ditentukan melalui transkripsi berbalik-tindak balas rantaian polimerase (RT-PCR) menunjukkan pengekspresanGAPDH (gen endogenous dan kawalan), diikuti dengan pengekspresan gen COL1 dan BSP (penanda osteoblas). SHED (hari ke 7 dan 21) dieram dalam medium tanpa serum selama 12 jam sebelum medium dianalisis menggunakan kromatografi cecair-spektrometri jisim/spektrometri jisim (LC-MS/MS). Protein yang sama diekspreskan dalam kawalan (positif dan negatif) serta asid askorbik seterusnya ditentukan proses biologi dan sekretom berkaitan osteoblas serta mempunyai perubahan keamatan pengekspresan melalui UniProt dan PANTHER. Hubung kait antara protein-protein rembesan ini bagi mengenal pasti tapak jalan pembezaan osteoblas ditentukan melalui STRING. Sebanyak 57 protein yang sama diekspreskan semasa aruhan asid askorbik dan kawalan dengan empat protein rembesan berkaitan dengan osteoblas didapati mengalami perubahan keamatan pengekspresan. Bagi hubung kait antara protein pula hanya tiga dari empat protein rembesan iaitu gelsolin (GSN), kolagenase jenis IV 72 kDa (MMP2) dan homolog peroksidasin (PXDN) dikenal pasti terlibat dalam tiga tapak jalan. Kesimpulannya, tiga jenis protein rembesan yang melibatkan tiga tapak jalan berpotensi sebagai penanda protein rembesan semasa pembezaan SHED kepada osteoblas.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3