Keberkesanan Ekstrak Akua Kaliks Hibiscus sabdariffa Sebagai Agen Anti-Obesiti dan Peningkat parameter Kesuburan Tikus Jantan Aruhan Obesiti

Author:

Mat Noor Mahanem,Mohamad Zin Nur Filzah Athirah,Shamsusah Nadia Aqilla

Abstract

Obesiti meningkatkan risiko gangguan proses spermatogenesis yang boleh mengakibatkan penurunan kesuburan lelaki. Hibiscus sabdariffa merupakan tumbuhan yang mampu mengurangkan jumlah lipid dalam darah haiwan. Penggunaan ekstrak akua kaliks H. sabdariffa sebagai peningkat parameter kesuburan lelaki masih kurang jelas. Oleh itu, kajian ini menggunakan tikus jantan aruhan obesiti sebagai model haiwan bagi mengenal pasti kesan ekstrak akua kaliks H. sabdariffa dalam memulihkan masalah kesuburan jantan di samping bertindak sebagai agen anti-obesiti. Sebanyak 36 ekor tikus jantan Sprague Dawley dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang setiapnya terdiri daripada enam ekor tikus.  Kumpulan kawalan terdiri daripada kumpulan normal, negatif (tikus teraruh obesiti tanpa rawatan) dan positif (tikus teraruh obesiti yang diberi 10 mg/kg berat tubuh orlistat).  Kumpulan rawatan ekstrak akua kaliks H. sabdariffa pula dibahagi kepada tiga iaitu Hs100 (100 mg/kg berat tubuh), Hs200 (200 mg/kg berat tubuh) dan Hs300 (300 mg/kg berat tubuh) selama 14 hari tempoh rawatan. Semua tikus kajian kecuali kumpulan normal diaruh obesiti dengan diberi diet tinggi lemak (HFD) sehingga mencapai nilai indeks Lee melebihi 310. Tikus kumpulan rawatan Hs100, Hs200 dan Hs300 yang diberi ekstrak akua kaliks H. sabdariffa mengikut dos masing-masing menunjukkan penurunan berat badan yang signifikan (p<0.05) berbanding kumpulan negatif. Analisis kuantiti sperma dalam kumpulan rawatan Hs100 menunjukkan peningkatan secara signifikan (p<0.05) berbanding kumpulan normal dan negatif.  Analisis histologi testis juga menunjukkan ekstrak akua kaliks H. sabdariffa pada kumpulan rawatan membantu memperbaiki struktur tubul seminiferus dengan kepadatan spermatozoa yang tinggi pada lumen serta peningkatan berat testis dan diameter tubul seminiferus berbanding kumpulan kawalan normal dan kawalan negatif.  Kesimpulannya, rawatan ekstrak akua kaliks H. sabdariffa iaitu Hs100 merupakan dos optimum yang mampu meningkatkan parameter kesuburan berbanding kumpulan rawatan normal dan kawalan negatif, serta mempunyai kesan anti-obesiti pada tikus jantan teraruh obesiti.

Publisher

Persatuan Biologi Gunaan Malaysia

Subject

General Agricultural and Biological Sciences

Reference47 articles.

1. Adebayo, A.O., Akinloye, A.K., Oke, B.O. & Taiwo, V.O. 2020. Relationship between Body Mass Index (BMI) and testicular and hormonal parameters of sexually active male greater cane rats (Thryonomys swinderianus). Animal Reproduction, 17(1): e20190026.

2. Alhashem, F., Alkhateeb, M., Alshahrani, M., Elrefaey, H., Alsunaidi, M., Alessa, R., Sakr, H., Sarhan, M., Eleawa, S. M. & Khalil, M.A. 2014. Exercise protects against obesity induced semen abnormalities via downregulating stem cell factor, upregulating ghrelin and normalizing oxidative stress. EXCLI Journal, 13: 551–572.

3. Ali, B.H., Cahliková, L., Opletal, L., Karaca, T., Manoj, P., Ramkumar, A., Al Suleimani, Y.M., Al Za’abi, M., Nemmar, A., Chocholousova-Havlikova, L., Locarek, M., Siatka, T. & Blunden, G. 2017. Effect of aqueous extract and anthocyanins of calyces of Hibiscus sabdariffa (Malvaceae) in rats with adenine-induced chronic kidney disease. Journal of Pharmacy and Pharmacology, 69(9): 1219–1229.

4. Al-shalash, H.S. 2021. Research progress of Hibiscus Sabdariffa medical plant as infertility agents on male rabbits. Annals of the Romanian Society for Cell Biology, 25(4): 11363–11368.

5. Anem, M. 2020. Tanam rosel - satu tinjauan [WWW Document]. Anim Agro Technology. URL https://animhosnan.blogspot.com/2020/12/tanam-rosel-satu-tinjauan.html (accessed 12.5.23).

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3